Perubahan Fizikal Terhadap Remaja Perempuan






 Jerawat mula tumbuh pada bahagian muka.
 Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
 Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.
 Buah dada mula membesar.
 Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
 Mula didatangi haid.



Bagi perempuan,haid menandakan organ reproduktif seorang gadis telah mula berfungsi.

 Pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari.Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 – 6 hari.Setiap gadis mempunyai tempoh kitaran haid yang berbeza.
 Pada masa yang sama,ova menjadi matang di dalam ovari.Rangsangan hormon mengakibatkan lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
 Pertengahan kitaran haid,ova dibebaskan dari ovari.Ova bergerak menuju uterus melalui saluran fallopian.
 Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperma,ova menjadi hancur dan dikeluarkan dari tubuh.Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid.




Setiap gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid (monopos),kecuali semasa mengandung.Kedatangan haid yang lewat atau tidak teratur mungkin disebabkan berikut:
  1.  Gangguan emosi 
  2.  Tekanan dalam hidup




No comments: