Prostar

SOALAN LAZIM



1) Apa itu PROSTAR?

PROSTAR ialah singkatan perkataan bagi Program Sihat Untuk Remaja yang dahulunya dikenali sebagai Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja. Program ini dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha memperkasakan pengetahuan dan tingkahlaku remaja dalam ke arah amalan cara hidup sihat terutamanya dari aspek pencegahan dan kawalan HIV / AIDS.


2)  Siapakah yang boleh menjadi ahli kelab PROSTAR sekolah?

Semua pelajar yang bersekolah layak menjadi ahli kelab PROSTAR sekolah.


3)  Apakah peranan PROSTAR ?

PROSTAR berperanan sebagai untuk memberi kesedaran yang
tinggi tentang jangkitan dan pencegahan Hiv/Aids dikalangan 
pelajar agar dapat mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan 
ajaran agama yang dianuti.


4)  Bagaimana pelajar mendapat faedah dengan menganggotai kelab PROSTAR ?

Dengan menganggotai kelab ini para pelajar akan memperolehi 
maklumat daripada aktiviti yang dijalankan seterusnya dapat
menyebarkan maklumat kepada rakan lain agar dapat melahirkan 
remaja yang hidup sihat bebas dari masalah sosial.


5)  Apakah kelebihan dengan menyertai kelab PROSTAR ?

Banyak kelebihan yang diperolehi.Antaranya :-
i) mendapat pendedahan dan maklumat berkaitan remaja
ii) dapat menyemai jatidiri untuk lebih prihatin agar tidak terlibat dengan gejala tidak berfaedah
iii) dapat info tentang cara hidup remaja sihat bagi melahirkan 
generasi muda yang lebih berketrampilan