Perubahan Fizikal Terhadap Remaja Lelaki





 Jerawat mula tumbuh.
 Suara menjadi garau.
 Misai dan janggut mula kelihatan.
 Bahu dan dada menjadi bidang.
 Zakar dan buah zakar mula membesar.
 Mengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga mengeluarkan air mani.
      (pengalaman ini yang menunjukkan anda,sebagai seorang lelaki telah akil baligh)




Mimpi Ghairah.
Bagi lelaki,mimpi ghairah menandakan mereka telah akil baligh.Mimpi ghairah berlaku semasa seorang teruna tidur dan mendapat mimpi yang menghairahkan seperti bermesra atau melakukan hubungan seksual dengan seorang gadis.Bila terjaga dari mimpi,didapati telah berlaku ejakulasi (terpancutnya air mani) dan terdapat tompokan lendir di kain atau seluar dalam.

Mimpi ghairah yang pertama adalah tanda seorang teruna mencapai usia baligh.Anda tidak perlu risau kerana semua lelaki samada tua atau muda mengalami mimpi ghairah.Dapatkan penerangan dan nasihat dari orang dewasa yang anda percayai sekiranya mempunyai kemusykilan berhubung mimpi ghairah.




Berkhatan.
Berkhatan merupakan satu perkara wajib yang meluas yang dilakukan di kalangan lelaki khususnya umat Islam.Berkhatan adalah satu proses di mana kulit khatan (kulit yang menutup kepada zakar) dibuang dengan menggunakan teknik yang selamat.Prosedur ini tidak menyakitkan dan sembuh dalam masa 3-7 hari..









No comments: