Sudut Kesihatan






Apa itu remaja?


Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.Zaman remaja bermula dari usia 10 hinggalah 19 tahun.Walaubagaimanapun,tempoh peralihan ini berbeza diantara seorang dengan seorang yang lain.Setiap remaja akan mengalami perubahan ke arah kedewasaan. Pada ketika ini,sama ada remaja lelaki atau pun perempuan akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi secara sedar atau tidak sedar.Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormone dalam badan seseorang.



Untuk mengetahui perubahan fizikal yang akan dialami semasa akil baligh,anda boleh tekan LELAKI atau PEREMPUAN.










Remaja sihat mengamalkan gaya hidup sihat.

Apa itu gaya hidup sihat?Untuk mengetahui,anda boleh tekan di sini.
Mengamalkan gaya hidup sihat akan membuatkan remaja sentiasa bahagia di alam keremajaan mereka.Dengan ini,remaja perlu ikuti amalan berikut :


  • Tidur secukupnya Remaja memerlukan rehat secukupnya kerana tenaga yang diperlukan amat banyak untuk membesar.Remaja harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. 

  • Menjaga kesihatan diriDalam proses pembesaran,anda akan lebih kerap berpeluh.Oleh itu,anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.Seelok-eloknya mandi 3 kali sehari. 

  • Pemakanan yang seimbang 
    Jika mahu kelihatan ceria,cergas,dan cerdas,mengambil makanan yang seimbang adalah amat baik.Nasi,mi,bijirin,sayur-sayuran,buah-buahan,ikan,daging,susu,telur dan hasil ternusu serta kekacang.Kesemuanya mengandungi khasiat dan vitamin mereka yang spesifik.Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda. 

  • Bersenam secara tetap.

    Bersenam secara tetap akan :
            **Menguatkan otot
            **Menjadikan remaja segar pada waktu siang
            **Membantu remaja tidur lena di waktu malam.














|Rokok|Dadah|HIV/AIDS|