INFO AIDS/HIV !
AIDS/HIV ialah
‘Sistem Kurang Daya Tahan Penyakit’ ataupun
penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus. Penyakit ini boleh
menyebabkan kegagalan sistem imun berfungsi.
INFO TAMBAHAN !
AIDS/HIV melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit.Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS/HIV lebih mudah terdedah kepada :

Pelbagai kuman yang termasuklah kuman yang tidak membahayakan manusia normal

Beberapa jenis kanser yang jarang berlaku
FAKTOR-FAKTOR RISIKO.
Jika anda
mengamalkan perkara-perkara berikut, anda adalah
golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat HIV/AIDS.

Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina

Melakukan hubungan seks dengan pelacur

Berkongsi jarum di kalangan penagih dadah
TANDA-TANDA DAN GEJALA.
Pesakit AIDS/HIV akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah :
Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya
Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan
Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan
Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.

J
angkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit
Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.
KESAN KEPADA PESAKIT HIV/AIDS.

Jangka hayat seseorang pengidap AIDS pendek

Institusi kekeluargaan semakin runtuh

Tiada penawar untuk penyakit AIDS